haluuuuu, kali nie sis upload lagi satu aseimen kemahiran dinamika. Tapi yang nie aseimen yang lama sdh so faham2 lah maybe sudah tidak relevant utk kamu skrg yg masuk matrik. Apa2 pun harap aseimen nie dapat membantu kamu sikit lah. Enjoyyy 👀👀💕💕
my life in labuan marticulation of college
Friday, 15 November 2019
Wednesday, 5 September 2018
assignment kemahiran dinamika
Hello, sorry lama xupdate blog nie. Saya xupdate blog nie sb sya punya assignment time di matrik ada di dalam lappy lama sya. Skrg nie sya guna lappy baru (kunun lah 😂😂😂😂). So kali nie sya nak share assignment kemahiran dinamika. BTW subjek nie akan ada student yg ambil waktu sem 1 atau sem 2. For account student biasanya ambil waktu sem 2 ( time sya lah) sorry utk kamu yg xdpt buka nanti sya upload gambar dia sb skrg nie sya di airport hahahaha jadi kesuntukan masa sikit.
ps: sorry baru upload slide hari nie dan baru tau mcm mana nak upload slide.
ps: sorry baru upload slide hari nie dan baru tau mcm mana nak upload slide.
Monday, 18 September 2017
assignment business sem 1 khas untuk student perakaunan (matrikulasi)
Hai again hahahah okay kali nie sya akan share assignment sem 1 saya di matrik berkaitan dengan subjek bisnes. hahhh jadi ini hanya untuk student akaun sebab saya student akaun di matrik dulu. Jadi ini merupakan assignment idividu jadi bolehlah kamu bikin rujuk2. Hopefully contoh assignment saya boleh tolong kamu selesaikan assignment kamu.
Thank kpd yg sudi baca artikel saya . saya harap artikel ini dapat bantu kamu dalam menyelesaikan assignment kamu.nanti sya akan update jwpn dan contoh assignment di blog saya. byeeeee
JAWAPAN TUGASAN INDIVIDU BISNES
A. Maksud gelagat pengguna ialah tingkah
laku yang ditunjukkan pengguna dalam proses pembelian, penggunaan dan pelupusan
barang yang dibeli. Ia meliputi proses pembelian seseorang pengguna, bagaimana
mereka membeli, bila dan kenapa membeli, berapa kuantiti mereka beli dan
akhirnya mengguna dan melupuskan sesuatu produk.
Salah satu kepentingan mengetahui
konsep gelagat pengguna ialah Syarikat Wonder Sdn. Bhd akan mengetahui dan
memenuhi kehendak pengguna sekaligus dapat meningkatkan jumlah jualan produk
minyak wangi Syarikat. Hal ini demikian kerana apabila Syarikat mengetahui
kehendak pengguna ia akan menyebabkan Syarikat membuat inovasi terhadap produk
dan ini akan menyebabkan pengguna tertarik untuk membeli dan menggunakan
produk. Hal ini juga akan menyebabkan jumlah jualan produk minyak wangi
Syarikat meningkat dan menyebabkan keuntungan Syarikat bertambah. Contohnya
terdapat sesetengah pengguna menginginkan wangian yang berperisa buah dan
Syarikat telah mengeluarkan produk tersebut. Ini akan menarik pengguna tersebut
untuk membeli dan menyebabkan keuntungan dan jumlah jualan Syarikat meningkat.
B. Dua jenis pengguna minyak wangi
Wonderful ialah pengguna akhir dan pengguna industri.
Pengguna akhir ialah individu yang
membeli dan menggunakan produk atau perkhidmatan untuk kegunaan peribadi atau
ahli keluarga mereka. Keputusan pembelian minyak wangi Wonderful dilakukan oleh
mereka sendiri mengikut citarasa peribadi. Contohnya, Bika membeli minyak wangi
Wondeful untuk kegunaan diri dan keluarganya.
Pengguna industri pula ialah
organisasi yang mengguna atau membeli untuk tujuan operasi syarikat atau dijual
semula kepada pengguna akhir. Terdapat empat jenis pengguna industrI iaitu pasaran
industri, pasaran penjualan semula, pasaran kerajaan dan pasaran institusi.
Pasaran industri ialah pengeluar yang memerlukan barang dan perkhidmatan untuk
digunakan dalam proses pengeluaran. Contohnya, pengeluar pewangi pakaian akan
membeli minyak wangi Wonderful untuk dicampurkan ke produk mereka. Pasaran
penjualan semula ialah terdiri daripada pemborong dan peruncit yang membeli dan
menjual semula kepada pihak lain dan tidak mengeluarkan produk. Contohnya,
Mydin akan membeli minyak wangi Wonderful dan menjualnya semula kepada
masyarakat. Pasaran kerajaan ialah institusi kerajaan yang membeli produk untuk
digunakan dalam operasi harian mereka. Biasanya terdiri daripada Kerajaan Pusat
dan Kerajaan Negeri. Contohnya Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan
membeli secara pukal minyak wangi Wonderful untuk kegunaan pekerja yang bekerja
di kawasan pelancongan agar pelancong yang berada dekat dengan mereka akan
berasa selesa kerana tidak ada bau-bauan yang kurang menyenangkan. Pasaran
institusi ialah institusi yang tidak boleh dikategorikan sebagai institusi
perniagaan atau kerajaan, memberi perkhidmatan kepada kumpulan pengguna yang
besar. Contohnya, pihak Hospital telah
membeli secara pukal minyak wangi untuk pekerjanya agar pesakit yang datang ke
Hospital untuk menerima rawatan akan selesa berkomunikasi dengan pekerja
hospital kerana tiada bau yang kurang menyenangkan.
C. Empat
faktor yang boleh mempengaruhi pelanggan Syarikat Wonder Sdn. Bhd ialah faktor
kebudayaan, faktor sosial, faktor peribadi dan faktor psikologi.
Faktor kebudayaan merupakan faktor
utama yang mempengaruhi gelagat pembelian pengguna(Kotler,1997), ia terdiri
daripada faktor budaya dan faktor sosial. Faktor budaya merujuk kepada satu set
nilai, persepsi, kehendak dan gelagat yang dipelajari oleh seseorang dari
keluarga dan institusi-institusi lain. Ia dipengaruhi oleh kebiasaan dan
kepercayaan berdasarkan kawasan geografi, warganegara dan bangsa. Biasanya
budaya diwariskan dari satu generasi kepada generasi yang lain. Contohnya,
remaja yang mempunyai keluarga yang memakai minyak wangi Wonderful akan memakai
minyak wangi berbeza pula dengan remaja yang datang dari keluarga yang tidak
biasa memakai minyak wangi.. Faktor kelas sosial pula merujuk kepada susunan
kedudukan pengguna dalam hierarki masyarakat berdasarkan tingkat pendapatan,
jenis pekerjaan, latar belakang pendidikan dan kekayaan yang dimiliki.
Contohnya,golongan pengguna dari kelas sosial tinggi akan membeli produk minyak
wangi Wondeful yang mahal harganya berbeza dengan golongan kelas sederhana dan
kelas rendah yang membeli akan membeli minyak wangi Wonderful yang harganya
lebih murah.
Faktor sosial boleh dikategorikan
kepada empat iaitu faktor kumpulan rujukan, ahli keluarga,peranan dan status
pengguna. Faktor kumpulan rujukan merupakan pihak yang dijadikan sebagai
rujukan oleh seseorang dalam membentuk sikap atau kelakuannya dalam membuat
keputusan pembelian seperti rakan, selebriti, jiran atau guru. Contohnya, jika
Lionel Messi menjadi Duta kepada minyak wangi Wonderful kemungkinan peminat
beliau akan membeli minyak wangi Wonderful iaitu yang sama jenama dengannya.
Faktor ahli keluarga pula merujuk kepada ahli keluarga terdekat atau jauh yang
mempengaruhi gelagat pengguna. Contohnya, keluarga yang mempunyai ahli yang
muda cenderung untuk membeli minyak wangi Wonderful.
Faktor peribadi yang mempengaruhi
gelagat pengguna ialah umur dan kitaran hayat keluarga, kedudukan ekonomi,
personaliti dan pekerjaan. Faktor umur dan kitaran hayat keluarga ialah
keperluan pengguna adalah berbeza mengikut umur dan kitaran hayat keluarga.
Umur yang semakin meningkat akan mengubah corak pembelian seseorang. Contohnya,
seseorang yang tidak pernah memikirkan personalitinya akan berubah dengan membeli
minyak wangi Wonderful untuk penambahbaikan personalitinya apabila umurnya
telah meningkat. Faktor kedudukan ekonomi merupakan tahap pendapatan dan
kedudukan ekonomi mempengaruhi gelagat pembelian seseorang. Contohnya, individu
yang bergaji RM5000 mampu membeli minyak wangi Wonderful yang berprestij tetapi
individu yang bergaji RM2000 hanya mampu membeli minyak wangi Wonderful yang
biasa-biasa sahaja.
Terdapat empat jenis faktor psikologi
yang akan mempengaruhi gelagat pengguna iaitu motivasi diri, persepsi terhadap
produk, pengalaman dan tahap kesetiaan. Faktor motivasi diri ialah dorongan
yang menyebabkan seseorang bertindak untuk memenuhi sesuatu keperluan.
Contohnya, seseorang sanggup mengeluarkan duit hanya untuk membeli minyak wangi
Wonderful yang diperlukannya. Faktor persepsi terhadap produk ialah individu
memperoleh, memilih, mengelola dan mentafsir maklumat yang diperolehi melalui
pembacaan, rakan dan sumber lain ke dalam bentuk yang lebih bermakna.
Contohnya, seseorang individu akan membeli minyak wangi Wonderful keran
menggangap minyak wangi Wonderful adalah minyak wangi yang halal.
Thank kpd yg sudi baca artikel saya . saya harap artikel ini dapat bantu kamu dalam menyelesaikan assignment kamu.nanti sya akan update jwpn dan contoh assignment di blog saya. byeeeee
Friday, 11 August 2017
Haiiiiii first of all congratulations utk yg dpt twrn ke matrikulasi. Sini Sya mw cakap sikit pasal matrikulasi. Sya yakin besanya kalo bdk² mrsm mesti ada Sesetgh guru yg bilang jgn masuk matrik sb nda bagus. Ok itu nda apa sb semua org ada pendpt yg lain. Sya bukan mw promote matrik tp cuma mw kamu ubah persepsi kamu sama matrik 😂😂😂 okay jujur Sya memang Student matrik dan mrsm(kononlah Sya bukannya bdk pandai pun 😂😂😂) First² Sya pun Nda mw masuk matrik tp disbkan beberapa kekangan sya pun masuk matrik. First² masuk matrik memang Sya teda minat langsung tp lama² trs sya jatuh hati sama matrik lbh tepat lg lepas semester 1😆😆. Awal² Sya kc tahu tempat nie sesuai utk student yg mw dpt pointer yg bagus atau mw rasa mcm mana rasanya dpt First Class (3.5 above). Utk pengetahuan Kamu pointer nie lg tinggi kamu dpt lagi bagus maximum dia sampai 4 flat. Okay nie lah dia pasal matrik terutamanya kml 😉😉
1) dia ada di labuan sana banyak tempat kamu blh pergi. Cthnya UK bukan United Kingdom tp ujana kwgn, UJ iaitu utama jaya dekat dgn bus stop mw pigi kml, boleh pigi layangan sana ada banana boat and etc.
2) senang mw cari pengangkutan utk bdk² kml ambil bas nombor 6 kalo mw balik. Tp kalo dr UK pigi UJ besanya bas nombor 1 yg Ambil boleh jg Bah tu jalan kaki kalo Kamu sangguplah hahahaha
3) pensyarah dia baik² sama lucu dan nakal. Sya student perakaunan jadi rata² perangai pensyarah utk course Perakaunan lucu terutama pensyarah ekonomi dan bisnes.
4) sana ada 6 asrama. 4 asrama perempuan dan 2 asrama lelaki. Setiap asrama ada cafe masing² . Cafe khas utk pensyarah pun ada dan student pun blh pergi tp Nda tahu skrg Sb pengarah(lbh kurang mcm pengetua lah) dia yg baru sdh.
5) Hahaha sana ada banyak cerita seram hohohohoho 👻👻👻👻👻👻. Kalo kamu nampak ada bilik yg tdk boleh masuk ada lah cerita dia tu.
6)hemmm Nda tahu lg mw tulis apa tp yg pasti sana ada 4 musim lebih kurang lah musim panas, luruh,sejukk(tp teda salji lah) sama musim bunga. Musim bunga nie special sb musim nie ada bila Kamu mw keluar sdh dr kml. Mcm dia seolah² sebuah hadiah perpisahan sanalah banyak org selfie² nangis²
Hermnnm itu ja lah nanti Sya tambah lg kalo ada yg Perlu Sya tambah .byeee all the best Kamu yg study sana God bless Tq yg baca apa yg Sya tulis
1) dia ada di labuan sana banyak tempat kamu blh pergi. Cthnya UK bukan United Kingdom tp ujana kwgn, UJ iaitu utama jaya dekat dgn bus stop mw pigi kml, boleh pigi layangan sana ada banana boat and etc.
2) senang mw cari pengangkutan utk bdk² kml ambil bas nombor 6 kalo mw balik. Tp kalo dr UK pigi UJ besanya bas nombor 1 yg Ambil boleh jg Bah tu jalan kaki kalo Kamu sangguplah hahahaha
3) pensyarah dia baik² sama lucu dan nakal. Sya student perakaunan jadi rata² perangai pensyarah utk course Perakaunan lucu terutama pensyarah ekonomi dan bisnes.
4) sana ada 6 asrama. 4 asrama perempuan dan 2 asrama lelaki. Setiap asrama ada cafe masing² . Cafe khas utk pensyarah pun ada dan student pun blh pergi tp Nda tahu skrg Sb pengarah(lbh kurang mcm pengetua lah) dia yg baru sdh.
5) Hahaha sana ada banyak cerita seram hohohohoho 👻👻👻👻👻👻. Kalo kamu nampak ada bilik yg tdk boleh masuk ada lah cerita dia tu.
6)hemmm Nda tahu lg mw tulis apa tp yg pasti sana ada 4 musim lebih kurang lah musim panas, luruh,sejukk(tp teda salji lah) sama musim bunga. Musim bunga nie special sb musim nie ada bila Kamu mw keluar sdh dr kml. Mcm dia seolah² sebuah hadiah perpisahan sanalah banyak org selfie² nangis²
Hermnnm itu ja lah nanti Sya tambah lg kalo ada yg Perlu Sya tambah .byeee all the best Kamu yg study sana God bless Tq yg baca apa yg Sya tulis
Subscribe to:
Comments (Atom)