JAWAPAN TUGASAN INDIVIDU BISNES
A. Maksud gelagat pengguna ialah tingkah
laku yang ditunjukkan pengguna dalam proses pembelian, penggunaan dan pelupusan
barang yang dibeli. Ia meliputi proses pembelian seseorang pengguna, bagaimana
mereka membeli, bila dan kenapa membeli, berapa kuantiti mereka beli dan
akhirnya mengguna dan melupuskan sesuatu produk.
Salah satu kepentingan mengetahui
konsep gelagat pengguna ialah Syarikat Wonder Sdn. Bhd akan mengetahui dan
memenuhi kehendak pengguna sekaligus dapat meningkatkan jumlah jualan produk
minyak wangi Syarikat. Hal ini demikian kerana apabila Syarikat mengetahui
kehendak pengguna ia akan menyebabkan Syarikat membuat inovasi terhadap produk
dan ini akan menyebabkan pengguna tertarik untuk membeli dan menggunakan
produk. Hal ini juga akan menyebabkan jumlah jualan produk minyak wangi
Syarikat meningkat dan menyebabkan keuntungan Syarikat bertambah. Contohnya
terdapat sesetengah pengguna menginginkan wangian yang berperisa buah dan
Syarikat telah mengeluarkan produk tersebut. Ini akan menarik pengguna tersebut
untuk membeli dan menyebabkan keuntungan dan jumlah jualan Syarikat meningkat.
B. Dua jenis pengguna minyak wangi
Wonderful ialah pengguna akhir dan pengguna industri.
Pengguna akhir ialah individu yang
membeli dan menggunakan produk atau perkhidmatan untuk kegunaan peribadi atau
ahli keluarga mereka. Keputusan pembelian minyak wangi Wonderful dilakukan oleh
mereka sendiri mengikut citarasa peribadi. Contohnya, Bika membeli minyak wangi
Wondeful untuk kegunaan diri dan keluarganya.
Pengguna industri pula ialah
organisasi yang mengguna atau membeli untuk tujuan operasi syarikat atau dijual
semula kepada pengguna akhir. Terdapat empat jenis pengguna industrI iaitu pasaran
industri, pasaran penjualan semula, pasaran kerajaan dan pasaran institusi.
Pasaran industri ialah pengeluar yang memerlukan barang dan perkhidmatan untuk
digunakan dalam proses pengeluaran. Contohnya, pengeluar pewangi pakaian akan
membeli minyak wangi Wonderful untuk dicampurkan ke produk mereka. Pasaran
penjualan semula ialah terdiri daripada pemborong dan peruncit yang membeli dan
menjual semula kepada pihak lain dan tidak mengeluarkan produk. Contohnya,
Mydin akan membeli minyak wangi Wonderful dan menjualnya semula kepada
masyarakat. Pasaran kerajaan ialah institusi kerajaan yang membeli produk untuk
digunakan dalam operasi harian mereka. Biasanya terdiri daripada Kerajaan Pusat
dan Kerajaan Negeri. Contohnya Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan
membeli secara pukal minyak wangi Wonderful untuk kegunaan pekerja yang bekerja
di kawasan pelancongan agar pelancong yang berada dekat dengan mereka akan
berasa selesa kerana tidak ada bau-bauan yang kurang menyenangkan. Pasaran
institusi ialah institusi yang tidak boleh dikategorikan sebagai institusi
perniagaan atau kerajaan, memberi perkhidmatan kepada kumpulan pengguna yang
besar. Contohnya, pihak Hospital telah
membeli secara pukal minyak wangi untuk pekerjanya agar pesakit yang datang ke
Hospital untuk menerima rawatan akan selesa berkomunikasi dengan pekerja
hospital kerana tiada bau yang kurang menyenangkan.
C. Empat
faktor yang boleh mempengaruhi pelanggan Syarikat Wonder Sdn. Bhd ialah faktor
kebudayaan, faktor sosial, faktor peribadi dan faktor psikologi.
Faktor kebudayaan merupakan faktor
utama yang mempengaruhi gelagat pembelian pengguna(Kotler,1997), ia terdiri
daripada faktor budaya dan faktor sosial. Faktor budaya merujuk kepada satu set
nilai, persepsi, kehendak dan gelagat yang dipelajari oleh seseorang dari
keluarga dan institusi-institusi lain. Ia dipengaruhi oleh kebiasaan dan
kepercayaan berdasarkan kawasan geografi, warganegara dan bangsa. Biasanya
budaya diwariskan dari satu generasi kepada generasi yang lain. Contohnya,
remaja yang mempunyai keluarga yang memakai minyak wangi Wonderful akan memakai
minyak wangi berbeza pula dengan remaja yang datang dari keluarga yang tidak
biasa memakai minyak wangi.. Faktor kelas sosial pula merujuk kepada susunan
kedudukan pengguna dalam hierarki masyarakat berdasarkan tingkat pendapatan,
jenis pekerjaan, latar belakang pendidikan dan kekayaan yang dimiliki.
Contohnya,golongan pengguna dari kelas sosial tinggi akan membeli produk minyak
wangi Wondeful yang mahal harganya berbeza dengan golongan kelas sederhana dan
kelas rendah yang membeli akan membeli minyak wangi Wonderful yang harganya
lebih murah.
Faktor sosial boleh dikategorikan
kepada empat iaitu faktor kumpulan rujukan, ahli keluarga,peranan dan status
pengguna. Faktor kumpulan rujukan merupakan pihak yang dijadikan sebagai
rujukan oleh seseorang dalam membentuk sikap atau kelakuannya dalam membuat
keputusan pembelian seperti rakan, selebriti, jiran atau guru. Contohnya, jika
Lionel Messi menjadi Duta kepada minyak wangi Wonderful kemungkinan peminat
beliau akan membeli minyak wangi Wonderful iaitu yang sama jenama dengannya.
Faktor ahli keluarga pula merujuk kepada ahli keluarga terdekat atau jauh yang
mempengaruhi gelagat pengguna. Contohnya, keluarga yang mempunyai ahli yang
muda cenderung untuk membeli minyak wangi Wonderful.
Faktor peribadi yang mempengaruhi
gelagat pengguna ialah umur dan kitaran hayat keluarga, kedudukan ekonomi,
personaliti dan pekerjaan. Faktor umur dan kitaran hayat keluarga ialah
keperluan pengguna adalah berbeza mengikut umur dan kitaran hayat keluarga.
Umur yang semakin meningkat akan mengubah corak pembelian seseorang. Contohnya,
seseorang yang tidak pernah memikirkan personalitinya akan berubah dengan membeli
minyak wangi Wonderful untuk penambahbaikan personalitinya apabila umurnya
telah meningkat. Faktor kedudukan ekonomi merupakan tahap pendapatan dan
kedudukan ekonomi mempengaruhi gelagat pembelian seseorang. Contohnya, individu
yang bergaji RM5000 mampu membeli minyak wangi Wonderful yang berprestij tetapi
individu yang bergaji RM2000 hanya mampu membeli minyak wangi Wonderful yang
biasa-biasa sahaja.
Terdapat empat jenis faktor psikologi
yang akan mempengaruhi gelagat pengguna iaitu motivasi diri, persepsi terhadap
produk, pengalaman dan tahap kesetiaan. Faktor motivasi diri ialah dorongan
yang menyebabkan seseorang bertindak untuk memenuhi sesuatu keperluan.
Contohnya, seseorang sanggup mengeluarkan duit hanya untuk membeli minyak wangi
Wonderful yang diperlukannya. Faktor persepsi terhadap produk ialah individu
memperoleh, memilih, mengelola dan mentafsir maklumat yang diperolehi melalui
pembacaan, rakan dan sumber lain ke dalam bentuk yang lebih bermakna.
Contohnya, seseorang individu akan membeli minyak wangi Wonderful keran
menggangap minyak wangi Wonderful adalah minyak wangi yang halal.
Thank kpd yg sudi baca artikel saya . saya harap artikel ini dapat bantu kamu dalam menyelesaikan assignment kamu.nanti sya akan update jwpn dan contoh assignment di blog saya. byeeeee
No comments:
Post a Comment