Monday, 18 September 2017

assignment business sem 1 khas untuk student perakaunan (matrikulasi)

Hai again hahahah okay kali nie sya akan share assignment sem 1 saya di matrik berkaitan dengan subjek bisnes. hahhh jadi ini hanya untuk student akaun sebab saya student akaun di matrik dulu. Jadi ini merupakan assignment idividu jadi bolehlah kamu bikin rujuk2. Hopefully contoh assignment saya boleh tolong kamu selesaikan assignment kamu. 



JAWAPAN TUGASAN INDIVIDU BISNES
A.               Maksud gelagat pengguna ialah tingkah laku yang ditunjukkan pengguna dalam proses pembelian, penggunaan dan pelupusan barang yang dibeli. Ia meliputi proses pembelian seseorang pengguna, bagaimana mereka membeli, bila dan kenapa membeli, berapa kuantiti mereka beli dan akhirnya mengguna dan melupuskan sesuatu produk.

          Salah satu kepentingan mengetahui konsep gelagat pengguna ialah Syarikat Wonder Sdn. Bhd akan mengetahui dan memenuhi kehendak pengguna sekaligus dapat meningkatkan jumlah jualan produk minyak wangi Syarikat. Hal ini demikian kerana apabila Syarikat mengetahui kehendak pengguna ia akan menyebabkan Syarikat membuat inovasi terhadap produk dan ini akan menyebabkan pengguna tertarik untuk membeli dan menggunakan produk. Hal ini juga akan menyebabkan jumlah jualan produk minyak wangi Syarikat meningkat dan menyebabkan keuntungan Syarikat bertambah. Contohnya terdapat sesetengah pengguna menginginkan wangian yang berperisa buah dan Syarikat telah mengeluarkan produk tersebut. Ini akan menarik pengguna tersebut untuk membeli dan menyebabkan keuntungan dan jumlah jualan Syarikat meningkat.

B.             Dua jenis pengguna minyak wangi Wonderful ialah pengguna akhir dan pengguna industri.

          Pengguna akhir ialah individu yang membeli dan menggunakan produk atau perkhidmatan untuk kegunaan peribadi atau ahli keluarga mereka. Keputusan pembelian minyak wangi Wonderful dilakukan oleh mereka sendiri mengikut citarasa peribadi. Contohnya, Bika membeli minyak wangi Wondeful untuk kegunaan diri dan keluarganya.

          Pengguna industri pula ialah organisasi yang mengguna atau membeli untuk tujuan operasi syarikat atau dijual semula kepada pengguna akhir. Terdapat empat jenis pengguna industrI iaitu pasaran industri, pasaran penjualan semula, pasaran kerajaan dan pasaran institusi. Pasaran industri ialah pengeluar yang memerlukan barang dan perkhidmatan untuk digunakan dalam proses pengeluaran. Contohnya, pengeluar pewangi pakaian akan membeli minyak wangi Wonderful untuk dicampurkan ke produk mereka. Pasaran penjualan semula ialah terdiri daripada pemborong dan peruncit yang membeli dan menjual semula kepada pihak lain dan tidak mengeluarkan produk. Contohnya, Mydin akan membeli minyak wangi Wonderful dan menjualnya semula kepada masyarakat. Pasaran kerajaan ialah institusi kerajaan yang membeli produk untuk digunakan dalam operasi harian mereka. Biasanya terdiri daripada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri. Contohnya Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan membeli secara pukal minyak wangi Wonderful untuk kegunaan pekerja yang bekerja di kawasan pelancongan agar pelancong yang berada dekat dengan mereka akan berasa selesa kerana tidak ada bau-bauan yang kurang menyenangkan. Pasaran institusi ialah institusi yang tidak boleh dikategorikan sebagai institusi perniagaan atau kerajaan, memberi perkhidmatan kepada kumpulan pengguna yang besar. Contohnya, pihak Hospital  telah membeli secara pukal minyak wangi untuk pekerjanya agar pesakit yang datang ke Hospital untuk menerima rawatan akan selesa berkomunikasi dengan pekerja hospital kerana tiada bau yang kurang menyenangkan.


C.              Empat faktor yang boleh mempengaruhi pelanggan Syarikat Wonder Sdn. Bhd ialah faktor kebudayaan, faktor sosial, faktor peribadi dan faktor psikologi.

          Faktor kebudayaan merupakan faktor utama yang mempengaruhi gelagat pembelian pengguna(Kotler,1997), ia terdiri daripada faktor budaya dan faktor sosial. Faktor budaya merujuk kepada satu set nilai, persepsi, kehendak dan gelagat yang dipelajari oleh seseorang dari keluarga dan institusi-institusi lain. Ia dipengaruhi oleh kebiasaan dan kepercayaan berdasarkan kawasan geografi, warganegara dan bangsa. Biasanya budaya diwariskan dari satu generasi kepada generasi yang lain. Contohnya, remaja yang mempunyai keluarga yang memakai minyak wangi Wonderful akan memakai minyak wangi berbeza pula dengan remaja yang datang dari keluarga yang tidak biasa memakai minyak wangi.. Faktor kelas sosial pula merujuk kepada susunan kedudukan pengguna dalam hierarki masyarakat berdasarkan tingkat pendapatan, jenis pekerjaan, latar belakang pendidikan dan kekayaan yang dimiliki. Contohnya,golongan pengguna dari kelas sosial tinggi akan membeli produk minyak wangi Wondeful yang mahal harganya berbeza dengan golongan kelas sederhana dan kelas rendah yang membeli akan membeli minyak wangi Wonderful yang harganya lebih murah.

          Faktor sosial boleh dikategorikan kepada empat iaitu faktor kumpulan rujukan, ahli keluarga,peranan dan status pengguna. Faktor kumpulan rujukan merupakan pihak yang dijadikan sebagai rujukan oleh seseorang dalam membentuk sikap atau kelakuannya dalam membuat keputusan pembelian seperti rakan, selebriti, jiran atau guru. Contohnya, jika Lionel Messi menjadi Duta kepada minyak wangi Wonderful kemungkinan peminat beliau akan membeli minyak wangi Wonderful iaitu yang sama jenama dengannya. Faktor ahli keluarga pula merujuk kepada ahli keluarga terdekat atau jauh yang mempengaruhi gelagat pengguna. Contohnya, keluarga yang mempunyai ahli yang muda cenderung untuk membeli minyak wangi Wonderful.

          Faktor peribadi yang mempengaruhi gelagat pengguna ialah umur dan kitaran hayat keluarga, kedudukan ekonomi, personaliti dan pekerjaan. Faktor umur dan kitaran hayat keluarga ialah keperluan pengguna adalah berbeza mengikut umur dan kitaran hayat keluarga. Umur yang semakin meningkat akan mengubah corak pembelian seseorang. Contohnya, seseorang yang tidak pernah memikirkan personalitinya akan berubah dengan membeli minyak wangi Wonderful untuk penambahbaikan personalitinya apabila umurnya telah meningkat. Faktor kedudukan ekonomi merupakan tahap pendapatan dan kedudukan ekonomi mempengaruhi gelagat pembelian seseorang. Contohnya, individu yang bergaji RM5000 mampu membeli minyak wangi Wonderful yang berprestij tetapi individu yang bergaji RM2000 hanya mampu membeli minyak wangi Wonderful yang biasa-biasa sahaja.

          Terdapat empat jenis faktor psikologi yang akan mempengaruhi gelagat pengguna iaitu motivasi diri, persepsi terhadap produk, pengalaman dan tahap kesetiaan. Faktor motivasi diri ialah dorongan yang menyebabkan seseorang bertindak untuk memenuhi sesuatu keperluan. Contohnya, seseorang sanggup mengeluarkan duit hanya untuk membeli minyak wangi Wonderful yang diperlukannya. Faktor persepsi terhadap produk ialah individu memperoleh, memilih, mengelola dan mentafsir maklumat yang diperolehi melalui pembacaan, rakan dan sumber lain ke dalam bentuk yang lebih bermakna. Contohnya, seseorang individu akan membeli minyak wangi Wonderful keran menggangap minyak wangi Wonderful adalah minyak wangi yang halal.         
 

Thank kpd yg sudi baca artikel saya . saya harap artikel ini dapat bantu kamu dalam menyelesaikan assignment kamu.nanti sya akan update jwpn dan contoh assignment di blog saya. byeeeee